Kes pelaburan tidak wujud meningkat 11 peratus, kerugian RM188 Juta

Kes pelaburan tidak wujud mencatat peningkatan apabila sebanyak 1,459 kes dengan jumlah kerugian RM188 juta direkodkan bagi tempoh dua bulan pertama tahun ini. - Gambar hiasan
Kes pelaburan tidak wujud mencatat peningkatan apabila sebanyak 1,459 kes dengan jumlah kerugian RM188 juta direkodkan bagi tempoh dua bulan pertama tahun ini. - Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR – Kes pelaburan tidak wujud mencatat peningkatan apabila sebanyak 1,459 kes dengan jumlah kerugian RM188 juta direkodkan bagi tempoh dua bulan pertama tahun ini.

Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman dalam kenyataan memaklumkan, jumlah itu menunjukkan peningkatan kes sebanyak 11 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu.

“Meskipun jumlah kes meningkat, statistik menunjukkan nilai kerugian mencatatkan penurunan berbanding tempoh yang sama pada tahun sebelumnya. Jumlah keseluruhan kerugian bagi awal tahun ini mencecah RM188 juta,” katanya.

Menurutnya, orang ramai dinasihatkan supaya lebih berhati-hati sebelum melibatkan diri dalam sebarang bentuk pelaburan.

“Antara langkah pencegahan yang disarankan adalah memastikan syarikat yang menawarkan pelaburan memiliki lesen sah daripada pihak berkuasa kewangan.

“Selain itu, lakukan penyelidikan mendalam mengenai maklumat syarikat sebelum membuat sebarang keputusan,” katanya.

Menurutnya, orang ramai turut dinasihatkan supaya tidak mudah terpengaruh dengan janji pulangan cepat yang tidak realistik dalam tempoh singkat.

“Orang ramai perlu mengelakkan pembayaran ke akaun bank asing yang tidak dapat disahkan serta mendapatkan bukti sah atau perjanjian bertulis.

“Seterusnya, setiap individu digalakkan berwaspada terhadap sebarang taktik manipulasi emosi yang cuba memaksa atau menekan seseorang untuk melabur,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Kes pelaburan tidak wujud mencatat peningkatan dengan 1,459 kes dan kerugian RM188 juta dalam dua bulan pertama tahun ini
  • Peningkatan kes sebanyak 11 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu
  • Walaupun kes meningkat, nilai kerugian menunjukkan penurunan berbanding tahun sebelumnya
  • Orang ramai dinasihatkan supaya lebih berhati-hati sebelum terlibat dalam pelaburan
  • Langkah pencegahan termasuk memastikan syarikat pelaburan memiliki lesen sah dan tidak terpengaruh dengan janji pulangan cepat yang tidak realistik

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!