Lelaki maut ditetak di Tangkak, tiga suspek diburu polis

TANGKAK - Polis sedang memburu tiga suspek insiden tetak sehingga mengakibatkan kematian seorang lelaki tempatan berusia 38 tahun di Bukit Kangkar, Sungai Mati di sini pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Tangkak Superintenden Roslan Mohd Talib berkata siasatan awal mendapati kejadian bermula dengan pertengkaran berhampiran sebuah kedai makan sekitar 7.40 malam sebelum mangsa melarikan diri ke kawasan berhampiran sebuah rumah di Batu 9, Bukit Kangkar.
Beliau berkata, mangsa kemudiannya dipercayai diserang oleh tiga suspek bersenjatakan parang sebelum mereka melarikan diri dengan sebuah kereta berwarna putih.
"Kes kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menyalurkannya kepada pihak polis.
"Maklumat boleh disalurkan dengan menghubungi pegawai penyiasat, ASP Sharidathul Aflaha di talian 019-269 9573 atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak di talian 06-978 1222 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu. - Bernama
Ringkasan AI
- Polis memburu tiga suspek insiden tetak di Bukit Kangkar, Sungai Mati yang mengakibatkan kematian seorang lelaki berusia 38 tahun
- Insiden bermula dengan pertengkaran berhampiran kedai makan pada sekitar 7.40 malam
- Mangsa dipercayai diserang oleh tiga suspek bersenjatakan parang dan suspek melarikan diri dengan kereta berwarna putih
- Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh
- Orang ramai diminta menyalurkan maklumat kepada polis melalui pegawai penyiasat atau Ibu Pejabat Polis Daerah Tangkak
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
