Bengkel terbakar, tujuh kereta musnah sepenuhnya

KUANTAN - Sebanyak 12 kereta pelbagai jenis terbakar di sebuah bengkel di Jalan Gambang, di sini, pada Sabtu.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang memaklumkan pihaknya menerima panggilan pada jam 6.15 pagi Sabtu sebelum 15 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Indera Mahkota serta Kuantan bergegas ke lokasi kejadian.
Beliau berkata, kebakaran melibatkan kereta yang berada di luar bengkel dan tidak melibatkan struktur premis berkenaan.
"Sebanyak tujuh kereta musnah sepenuhnya manakala lima lagi dianggarkan terbakar 20 peratus,” katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata, tiada mangsa terlibat dalam insiden itu dan punca kejadian serta jumlah kerugian masih dalam siasatan. - Bernama
Ringkasan AI
- Sebanyak 12 kereta pelbagai jenis terbakar di sebuah bengkel di Jalan Gambang
- Jurucakap JBPM Pahang menyatakan pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 6.15 pagi Sabtu
- Kebakaran melibatkan kereta yang berada di luar bengkel tidak melibatkan struktur premis
- Tujuh kereta musnah sepenuhnya manakala lima lagi terbakar 20 peratus
- Tiada mangsa terlibat dalam insiden dan punca kejadian serta jumlah kerugian masih dalam siasatan
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
