Jabatan Mufti Pahang nafi keluarkan surat penetapan waktu solat Aidilfitri

KUANTAN - Jabatan Mufti Negeri Pahang mengesahkan bahawa satu dokumen yang tular di media sosial berkaitan penetapan waktu solat sunat Aidilfitri bagi negeri ini adalah palsu.
Menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan, jabatan tersebut menegaskan bahawa pihaknya memandang serius penyebaran dokumen yang didakwa sebagai surat rasmi itu.
"Untuk makluman orang ramai, dokumen tersebut adalah palsu dan bukan dikeluarkan pihaknya," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih dan sentiasa merujuk kepada pengumuman rasmi daripada jabatan tersebut atau atau pihak berkuasa agama negeri Pahang bagi mendapatkan maklumat yang tepat.
Tegas kenyataan itu, pihaknya juga tidak menolak kemungkinan untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa sekiranya penyebaran dokumen palsu ini berterusan.
"Kerjasama semua pihak dalam mengekang penyebaran berita palsu amatlah dihargai,"katanya.
Ringkasan AI
- Jabatan Mufti Negeri Pahang mengesahkan dokumen tular tentang waktu Solat Sunat Aidilfitri adalah palsu
- Dokumen tersebut bukan dikeluarkan oleh mereka
- Orang ramai dinasihatkan agar merujuk kepada pengumuman rasmi untuk maklumat yang sahih
- Pihak jabatan tidak menolak kemungkinan untuk membuat laporan polis jika penyebaran berita palsu berterusan
- Kerjasama orang ramai dalam mengekang penyebaran berita palsu amat dihargai
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

