Pahang tangguh urusan nikah kahwin sehingga 14 April

Abdul Zaki Md Zain
Abdul Zaki Md Zain
A
A
A

KUANTAN - Semua urusan majlis akad nikah dan perkahwinan di Pahang ditangguhkan berkuatkuasa 1 hingga 14 April 2020.

Kadi Daerah Kuantan, Abdul Zaki Md Zain berkata, arahan itu dikeluarkan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) sehingga satu tempoh yang akan ditentukan pihak kerajaan.

"Pihak JAIP menerima pertanyaan daripada orang ramai yang tidak mengetahui mengenai penangguhan ini. Arahan tersebut dikeluarkan oleh JAIP pada 30 Mac lalu.

"Sehubungan itu segala urusan membabitkan nikah kahwin dan urusan pejabat dihentikan seketika sehingga satu tempoh yang akan dimaklumkan kemudian.

"Keputusan ini dibuat bagi menjaga kemaslahatan semua pihak yang terbabit dalam urusan tersebut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Artikel Berkaitan: