Jual murah 30 minit sebelum berbuka

Noor Safinah menunjukkan pelbagai kuih di gerainya di Bazar Ramadan Paroi Jaya, Seremban. - Gambar kecil, Sahendri (kiri) dan Nor Sara
Noor Safinah menunjukkan pelbagai kuih di gerainya di Bazar Ramadan Paroi Jaya, Seremban. - Gambar kecil, Sahendri (kiri) dan Nor Sara
A
A
A

SEREMBAN – Peniaga kuih di Bazar Ramadan Paroi Jaya di sini akan menjual makanan pada harga lebih murah kira-kira 30 minit sebelum waktu berbuka bagi mengelakkan pembaziran.

Seorang peniaga, Sahendri Syarbaini, 37, berkata, dalam tempoh tersebut pelbagai jenis kuih dijual pada harga RM5 bagi dua bekas berbanding harga asal RM3 sebekas.

“Saya sudah 10 tahun berniaga dengan menjual tujuh jenis kuih seperti donat, burger Malaysia dan buah Melaka yang siap dibungkus dalam bekas.

“Kuih ini tidak boleh disimpan lama kerana mudah rosak. Kalau tidak habis juga, saya akan sedekahkan kepada masjid.

“Saya tidak akan aniaya pelanggan dengan menjual kuih kitar semula semata-mata mahu untung,” katanya.

Peniaga agar-agar dan puding, Noor Safinah Johan, 36, turut mengambil pendekatan sama sepanjang tujuh tahun berniaga di bazar Ramadan.

“Jualan tahun ini alhamdulillah lebih baik berbanding tahun lepas. Biasanya akan habis terjual dan jika hampir waktu berbuka, saya akan jual pada harga lebih murah,” katanya.

Seorang pekerja gerai donat, Nor Sara Zuleiqa, 23, memberitahu bahawa majikannya akan menyambung perniagaan di Uptown Senawang selepas tamat menjual di bazar Ramadan itu.

“Donat tidak mudah rosak. Hari minggu biasanya habis, tetapi jika hari biasa bergantung kepada keadaan,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Peniaga kuih di Bazar Ramadan Paroi Jaya akan menjual makanan pada harga lebih murah 30 minit sebelum waktu berbuka untuk mengelakkan pembaziran
  • Sahendri Syarbaini menjual tujuh jenis kuih dan akan menawarkan dua bekas dengan harga RM5, lebih murah dari harga asal
  • Kuih yang tidak terjual akan disedekahkan kepada masjid untuk mengelak dari pembaziran
  • Noor Safinah Johan, peniaga agar-agar dan puding, mengamalkan kaedah yang sama dengan menjual produknya pada harga lebih murah dekat waktu berbuka
  • Nor Sara Zuleiqa menyatakan bahwa donatnya akan dijual di Uptown Senawang selepas bazar Ramadan dan produknya biasanya habis pada hujung minggu

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!