Puteri Nor Aishah hilang selepas keluar ke bazar Ramadan

Puteri Nor Aishah dilaporkan hilang sejak Rabu lalu.
Puteri Nor Aishah dilaporkan hilang sejak Rabu lalu.
A
A
A

BENTONG- Polis meminta kerjasama orang ramai bagi membantu mengesan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang dilaporkan hilang di daerah ini sejak Rabu.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, kehilangan Puteri Nor Aishah Ahmad Sulaiman beralamat dari Taman Chegar Medang, di sini dilaporkan ibunya kira-kira jam 11.13 pagi, Jumaat.

Menurutnya, ibu mangsa berusia 38 tahun mendakwa kali terakhir dia bertemu anak perempuannya itu kira-kira jam 6.45 petang ketika mangsa hendak keluar ke bazar Ramadan.

"Mangsa memiliki ciri fizikal seperti berkulit coklat, tinggi kira-kira 157 sentimeter dan berbadan agak gempal.

"Kali terakhir dia dilihat memakai baju dan jeans berwarna hitam berselipar biru," katanya.

Zaiham berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan gadis itu diminta tampil ke mana-mana balai polis berhampiran.

"Maklumat itu juga boleh disalurkan melalui Pusat Kawalan Daerah (DCC) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong di talian 09-2231999," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Polis meminta kerjasama orang ramai untuk mengesan remaja perempuan berusia 14 tahun yang hilang di Bentong sejak Rabu
  • Kehilangan dilaporkan oleh ibunya pada Jumaat jam 11.13 pagi
  • Remaja tersebut terakhir dilihat oleh ibunya pada jam 6.45 petang ingin ke bazar Ramadan
  • Ciri fizikal mangsa adalah berkulit coklat, tinggi kira-kira 157 sentimeter dan berbadan agak gempal, memakai baju dan jeans hitam bersama selipar biru
  • Maklumat tentang gadis hilang boleh disalurkan ke Pusat Kawalan Daerah atau Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!