IRGC tembak jatuh dua lagi dron MQ-9

IRGC menembak jatuh dua lagi dron MQ-9 di wilayah Bushehr dan sebuah lagi dron di ruang udara Teheran. Foto AFP
IRGC menembak jatuh dua lagi dron MQ-9 di wilayah Bushehr dan sebuah lagi dron di ruang udara Teheran. Foto AFP
A
A
A

TEHERAN - Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) menembak jatuh dua lagi dron MQ-9, lapor Agensi Berita Mehr (MNA).

Menurut kenyataan jabatan perhubungan awam IRGC, pasukan itu menembak jatuh dua dron MQ-9 di wilayah Bushehr dan sebuah lagi dron di ruang udara Teheran.

Kenyataan itu memaklumkan dua dron MQ-9 berkenaan dipintas dan dimusnahkan di daerah Jam dan Khormoj di wilayah Bushehr, manakala dron ketiga ditembak jatuh di ruang udara Tehran.

Kesemua tiga dron itu dikesan dan dimusnahkan oleh sistem pertahanan udara canggih IRGC di bawah kawalan rangkaian pertahanan udara bersepadu negara berkenaan. - Bernama-MNA

 

 

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Kor Pengawal Revolusi Islam menembak jatuh dua lagi dron MQ-9
  • Dron-dron tersebut ditembak di wilayah Bushehr dan ruang udara Teheran
  • Dua dron di Bushehr dipintas dan dimusnahkan di daerah Jam dan Khormoj
  • Sebuah lagi dron ditembak jatuh di ruang udara Teheran
  • Kesemua tiga dron dimusnahkan oleh sistem pertahanan udara canggih IRGC

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!