X

Kindly register in order to view this article
!

FAMA wujudkan 30 lagi pusat jual barangan segar

Ahmad (dua dari kiri) melihat barangan basah di pusat jualan barangan segar terkawal di Pejabat FAMA Melaka di Kawasan Perindustrian Ayer Keroh hari ini.
A
A

MELAKA TENGAH - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) akan mewujudkan 30 lagi lokasi pusat jualan barangan segar terkawal secara berperingkat di seluruh negara dalam masa terdekat.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata, setakat ini sebanyak 47 pusat jualan itu dibuka di beberapa negeri bagi mengurangkan kesesakan di pasar basah sedia ada sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Lebih penting urusan jual beli dapat dilakukan dengan lebih sistematik bagi menangani rantaian wabak Koronavirus (Covid-19) termasuk mengikut sistem giliran, jarak sosial, saringan suhu badan, penggunaan cecair pembasmi kuman selain setiap gerai dijarakkan 3 meter.

"Setakat ini kita menggerakkan 47 pasar segar terkawal di seluruh negara termasuk Melaka dan kita harap masyarakat jangan berpusu-pusu (membeli barang) kerana barangan makanan memang mencukupi," katanya.

Ahmad (tengah) ketika ditemui media.
Ahmad (tengah) ketika ditemui media.

Beliau berkata demikian kepada media ketika turun padang di Pasar Segar Terkawal di Pejabat FAMA Negeri di Kawasan Perindustrian Ayer Keroh di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua Pengarah FAMA, Datuk Zainal Abidin Yang Razalli; Exco Pertanian, Pembangunan Usahawan dan Industri Asas Tani, Datuk Norhizam Hassan Baktee; Pengarah FAMA negeri, Che Samudin Hassan dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Shahdan Othman.

Menurutnya, ia salah satu usaha kerajaan membantu rakyat mendapatkan barang makanan segar dan keperluan yang berkualiti dengan harga berpatuta

"Kita jua mahu hasil pertanian, penternak nelayan dapat dipasarkan. Kita nak rangkaian pemasaran tidak ada gangguan," katanya.

Katanya, setakat ini juga tidak berlaku sebarang lambakan sayur-sayuran dan buah-buahan malah pihaknya berusaha memasarkan segala hasil pihak berkenaan menerusi medium pasar tersebut dan pusat jualan sedia ada.

"Jualan sedia ada seperti pasar tani terpilih, pasar tani kekal, pusat operasi FAMA, MyFAMA Outlet serta Kompleks Peladang kawasan.

"Kita nak pastikan apa jua produk pengeluaran mereka dapat dipasarkan segera, rantaian pemasaran tidak terganggu dan berjalan seperti biasa," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!