Rumaizi Baharin dilantik Datuk Bandar Ipoh

Ahmad Faizal (kiri) menyampaikan surat pelantikan sebagai Datuk Bandar Ipoh kepada Rumaizi di Pejabat Menteri Besar Perak di sini hari ini.
Ahmad Faizal (kiri) menyampaikan surat pelantikan sebagai Datuk Bandar Ipoh kepada Rumaizi di Pejabat Menteri Besar Perak di sini hari ini.
A
A
A

IPOH - Pengarah Tanah dan Galian Perak, Datuk Rumaizi Baharin dilantik sebagai Datuk Bandar Ipoh yang baharu menggantikan Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim berkuat kuasa 1 April lalu.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, Rumaizi mempunyai pengalaman luas dalam urusan pentadbiran kerajaan negeri dan merupakan pengarah termuda memegang jawatan Pengarah Tanah dan Galian Perak.

Menurutnya, dengan pengalaman dan kemahiran dimiliki itu, kerajaan negeri berharap kualiti perkhidmatan serta pembangunan Bandar raya Ipoh dapat dilonjakkan selepas ini.

"Ini merupakan cabaran baharu buat beliau untuk mengepalai Majlis Bandaraya Ipoh. Saya yakin dengan kerjasama semua warga MBI, beliau akan dapat menjalankan tanggungjawab dengan baik.

"Sebelum ini, Ahmad Suaidi memangku jawatan Datuk Bandar Ipoh selepas dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Perak pada Disember 2019," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Rumaizi, 45, tahun merupakan anak jati Ipoh berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dari Universiti Utara Malaysia sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana dalam bidang Pentadbiran dan Pengurusan Tanah di Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Artikel Berkaitan: