Mad Zaidi dilantik sebagai KSU KPK baharu

Mad Zaidi
Mad Zaidi
A
A
A

PUTRAJAYA - Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perladangan dan Komoditi, Datuk Mad Zaidi Mohd Karli@Sukari dilantik sebagai Ketua Setiausaha KPK yang baharu berkuat kuasa, Khamis.

Perkara itu diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Mad Zaidi, 53, berkelulusan Ijazah Sarjana Sains dari Universiti Putra Malaysia dan Sarjana Sains dari University of London.

Beliau telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 28 tahun dengan jawatan pertama yang disandang sebagai penolong pengarah di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Selain itu, beliau berpengalaman luas dalam pelbagai bidang meliputi perancangan strategik, pengurusan dan bidang teras berkaitan perladangan dan komoditi.

"Dengan pengalaman dan kredibiliti yang dimiliki, saya yakin beliau mampu melaksanakan tanggungjawab dengan meneruskan misi kementerian dalam meningkatkan daya saing global Malaysia menerusi produk-produk agrikomoditi yang bernilai tinggi dan lestari," kata Mohd Zuki dalam kenyataan.