Had dua penggal MB Selangor dijangka dibawa ke Sidang DUN Jun depan - Amirudin

Amirudin
Amirudin
A
A
A

SHAH ALAM - Cadangan mengehadkan tempoh jawatan Menteri Besar Selangor kepada dua penggal atau maksimum 10 tahun dijangka dibincangkan semula dan kemungkinan dibawa ke Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada Jun depan.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, sebelum ini beliau sudah beberapa kali menyatakan komitmen untuk menghormati cadangan dasar berkenaan.

"Jika diluluskan, kita akan cuba bawa cadangan itu ke Sidang DUN,” katanya ketika ditemui selepas program pertemuan bersama aktivis muda dan pemimpin mahasiswa Selangor di kediaman rasminya di Seksyen 7 di sini pada Ahad.

Bagaimanapun Amirudin berkata, pelaksanaan cadangan itu juga memerlukan sokongan majoriti dua pertiga dalam DUN Selangor.

"Pokok pangkalnya Selangor memerlukan majoriti dua pertiga, tetapi ketika ini kita belum ada jaminan itu.

"Kita perlu tengok situasi, jika pihak pembangkang sedia memberikan sokongan, kita boleh teruskan," tambah beliau.

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Cadangan mengehadkan tempoh jawatan Menteri Besar Selangor kepada dua penggal atau maksimum 10 tahun dijangka dibincangkan di Sidang DUN Selangor pada Jun
  • Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari sudah beberapa kali menyatakan komitmen menghormati cadangan dasar tersebut
  • Pelaksanaan cadangan ini memerlukan sokongan majoriti dua pertiga dalam DUN Selangor
  • Selangor belum memiliki jaminan sokongan majoriti dua pertiga yang diperlukan
  • Situasi masih boleh berubah jika pihak pembangkang sedia memberikan sokongan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!