Selangor taja 75 individu tunai ibadah haji tahun ini

Amirudin. Foto Bernama
Amirudin. Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor meluluskan tajaan penuh ibadah haji tahun ini kepada 75 jemaah dari negeri itu melibatkan kos sebanyak RM1.2 juta. 

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, jumlah jemaah itu turut menyaksikan peningkatan sebanyak 29 individu berbanding 46 jemaah yang mendapat manfaat tajaan penuh bagi musim haji tahun lepas.

"Bagi meringankan urusan perjalanan, kerajaan negeri dan Yayasan MBI akan turut menyampaikan bantuan RM1,500 kepada 75 jemaah ini.

"Syarat dan kelayakan jemaah yang bakal menerima manfaat tajaan penuh akan diusahakan dengan kerjasama Lembaga Tabung Haji melalui syor Jabatan Agama Islam sebelum disembah maklum untuk perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Amirudin berkata, mengambil kira situasi tidak menentu di Asia Barat, pihaknya juga akan bekerjasama rapat dengan Wisma Putra bagi memastikan keselamatan perjalanan jemaah Selangor dalam menunaikan ibadah itu.

Dalam kenyataan sama, beliau turut mendoakan agar keadaan di Asia Barat kembali aman dan mengajak semua pihak yang terlibat untuk kembali ke meja rundingan sebagai jalan penyelesaian.

"Dunia tidak boleh membenarkan budaya pelanggaran undang-undang antarabangsa untuk dinormalisasikan terutamanya dalam keadaan rakyat biasa sedang menjadi mangsa,” katanya. - Bernama

 

 

Artikel Berkaitan:

 

Ringkasan AI

  • Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor meluluskan tajaan penuh ibadah haji untuk 75 jemaah
  • Kos tajaan tersebut berjumlah RM1.2 juta
  • Jumlah jemaah yang mendapat tajaan meningkat 29 orang berbanding tahun lepas
  • Jemaah akan menerima bantuan RM1,500 untuk meringankan urusan perjalanan
  • Keselamatan jemaah akan dipastikan dengan kerjasama Wisma Putra mengambil kira situasi di Asia Barat

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!