Tentera Israel akui gagal pintas serangan peluru berpandu Iran

Peluru berpandu Iran kini dipertingkatkan sistemnya, menjadikan ia sukar dipintas.-Agensi
Peluru berpandu Iran kini dipertingkatkan sistemnya, menjadikan ia sukar dipintas.-Agensi
A
A
A

TEL AVIV – Tentera Israel mengakui sistem radar buatan Amerika Syarikat (AS) yang digunakan negara itu gagal memintas sebahagian peluru berpandu Iran yang dilancarkan ke wilayah diduduki, menurut laporan akhbar Israel, Haaretz.

Laporan tersebut menyatakan unit tentera Israel mengakui mereka tidak berjaya mengesan dan menembak jatuh beberapa peluru berpandu Iran yang menuju ke kawasan sasaran.

Selain itu, siren amaran dilaporkan hanya diaktifkan beberapa saat sebelum arahan pemindahan dikeluarkan kepada penduduk di penempatan haram Israel.

Menjawab kritikan berhubung kelewatan sistem amaran keselamatan, tentera Israel memaklumkan bahawa mereka tidak dapat menentukan tempoh tepat antara amaran awal dan bunyi siren yang memberi amaran mengenai serangan peluru berpandu.

Pusat komando keselamatan dalaman Israel turut menjelaskan bahawa, atas pertimbangan operasi, amaran keselamatan kadangkala hanya dihantar kepada penduduk beberapa saat sebelum siren dibunyikan, malah dalam sesetengah keadaan tidak dihantar sama sekali.

Akhbar Haaretz turut memetik imej satelit yang menunjukkan Iran cuba menyasarkan sistem radar dan kemudahan ketenteraan strategik, dipercayai bagi melemahkan keberkesanan radar milik Israel dan sekutunya.

Serangan tepat terhadap pemasangan radar itu dilaporkan berpotensi menjejaskan keupayaan Israel memintas peluru berpandu serta mengganggu sistem amaran awal negara tersebut.

Dalam masa sama, media Israel sebelum ini turut mempersoalkan keberkesanan sistem pertahanan peluru berpandu Iron Dome, yang dikatakan sukar menangkis jumlah dan kelajuan peluru berpandu Iran yang semakin meningkat.

Pakar ketenteraan Israel memberi amaran bahawa generasi terbaharu peluru berpandu Iran mempunyai kelajuan lebih tinggi, mampu mengikuti laluan penerbangan kompleks serta mempunyai ciri pengesanan radar yang rendah, sekali gus menyukarkan sistem pertahanan udara Israel mengesan dan memintasnya.-Agensi

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Tentera Israel mengakui gagal memintas beberapa peluru berpandu Iran walaupun menggunakan sistem radar AS
  • Siren amaran keselamatan hanya diaktifkan beberapa saat sebelum arahan pemindahan, terlambat bagi penduduk penempatan haram Israel
  • Tentera Israel tidak dapat menentukan tempoh tepat antara amaran awal dan bunyi siren
  • Amaran keselamatan kadangkala hanya dihantar beberapa saat sebelum siren dibunyikan atau tidak dihantar sama sekali
  • Iran cuba menyasarkan dan melemahkan sistem radar serta kemudahan ketenteraan strategik Israel, berpotensi mengganggu keupayaan Israel memintas peluru berpandu

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!