X

Kindly register in order to view this article
!

Covid-19: Kematian kelima di Singapura

A
A

SINGAPURA - Singapura hari ini melaporkan satu lagi kematian akibat jangkitan koronavirus (Covid-19), menjadikan jumlah keseluruhan kepada lima, di negara tersebut.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Kesihatan republik itu menyatakan telah disahkan bahawa pesakit itu meninggal dunia akibat komplikasi akibat jangkitan tersebut pada 1.55 pagi.

Kementerian itu berkata, wanita berusia 86 tahun warganegara Singapura itu tidak mempunyai sejarah perjalanan ke negara-negara yang dijangkiti.

Warga emas itu telah dimasukkan ke Pusat Penyakit Berjangkit Kebangsaan pada 31 Mac dan telah disahkan dijangkiti Covid-19 pada hari yang sama.

Beliau akhirnya tewas kepada jangkitan tersebut, menurut kenyataan tersebut.

Sehingga tengah hari Khamis, Singapura mencatatkan 1,049 kes yang disahkan positif, 266 pulih manakala 23 berada dalam keadaan kritikal di unit rawatan rapi. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!