16 terkorban, 35 cedera dalam serangan udara Israel di Lembah Bekaa, Timur Lubnan

Sekurang-kurangnya 16 orang terkorban manakala 35 yang lain cedera dalam serangan udara Israel di Lembah Bekaa di timur Lubnan. Foto: Agensi
Sekurang-kurangnya 16 orang terkorban manakala 35 yang lain cedera dalam serangan udara Israel di Lembah Bekaa di timur Lubnan. Foto: Agensi
A
A
A

BEIRUT - Sekurang-kurangnya 16 orang terkorban manakala 35 yang lain cedera dalam serangan udara Israel di Lembah Bekaa di timur Lubnan, lapor Anadolu Ajansi memetik kenyataan Kementerian Kesihatan pada Sabtu.

Siri serangan udara Israel ke atas Bandar Nabi Chit di Baalbek mengakibatkan angka korban awal sebanyak 16 kematian dan 35 kecederaan, menurut kementerian itu dalam satu kenyataan yang dipetik oleh Agensi Berita Nasional (NNA) Lubnan.

Pertempuran berlaku di kawasan tanah tinggi banjaran gunung timur di sepanjang sempadan Lubnan-Syria di paksi Nabi Chit-Hamm, yang bertujuan menyekat cubaan pendaratan tentera Israel, lapor agensi itu awal pagi Sabtu. - Bernama-Anadolu

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Sekurang-kurangnya 16 orang terkorban dalam serangan udara Israel di Lembah Bekaa, Lubnan
  • 35 orang lagi cedera akibat serangan tersebut
  • Sasaran serangan adalah Bandar Nabi Chit di Baalbek
  • Serangan ini merupakan reaksi Israel terhadap cubaan pendaratan tentera di kawasan tersebut
  • Pertempuran berlaku di kawasan tanah tinggi sepanjang sempadan Lubnan-Syria

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!