AS luluskan jualan 12,000 bom kepada Israel

Jabatan Negara AS meluluskan Penjualan Ketenteraan Asing kepada Israel bagi meriam dan perkhidmatan sokongan yang berkaitan.
Jabatan Negara AS meluluskan Penjualan Ketenteraan Asing kepada Israel bagi meriam dan perkhidmatan sokongan yang berkaitan.
A
A
A

WASHINGTON - Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) telah meluluskan Penjualan Ketenteraan Asing kepada Israel bagi meriam dan perkhidmatan sokongan yang berkaitan, termasuk 12,000 bom udara, lapor Xinhua.

Perjanjian itu bernilai kira-kira USD151.8 juta, menurut jabatan itu dalam kenyataan.

"Setiausaha Negara (Marco Rubio) telah menetapkan dan mengemukakan justifikasi terperinci bahawa wujudnya keadaan kecemasan yang memerlukan penjualan segera artikel pertahanan dan perkhidmatan pertahanan kepada Kerajaan Israel adalah demi kepentingan keselamatan nasional Amerika Syarikat, sekali gus mengetepikan keperluan semakan semula Kongres di bawah Seksyen 36(b) Akta Kawalan Eksport Senjata," katanya.

"Cadangan penjualan itu akan meningkatkan keupayaan Israel untuk menghadapi ancaman semasa dan akan datang, mengukuhkan pertahanan tanah airnya, dan berfungsi sebagai penghalang kepada ancaman serantau," tambahnya.

Pakej itu juga termasuk kejuruteraan kerajaan dan kontraktor AS, logistik, perkhidmatan sokongan teknikal dan elemen berkaitan logistik dan sokongan program lain, menurut kenyataan itu.

AS dan Israel melancarkan serangan besar-besaran ke atas Iran bermula pada 28 Februari, membunuh Pemimpin Tertinggi Iran Ali Khamenei, beberapa komander kanan tentera dan ratusan orang awam.

Iran telah bertindak balas dengan pelbagai gelombang serangan peluru berpandu dan dron yang menyasarkan aset Israel dan AS di seluruh rantau ini. - Bernama-Xinhua

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Jabatan Negara Amerika Syarikat meluluskan penjualan ketenteraan kepada Israel termasuk 12,000 bom udara
  • Perjanjian bernilai kira-kira USD151.8 juta
  • Penjualan ini dibenarkan kerana dianggap kecemasan demi kepentingan keselamatan nasional Amerika
  • Penjualan akan meningkatkan keupayaan Israel menghadapi ancaman dan mengukuhkan pertahanan tanah airnya
  • AS dan Israel melancarkan serangan ke atas Iran, membunuh Pemimpin Tertinggi Iran dan menyebabkan tindak balas dari Iran

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!