Kes tipu tanah RM1.5 juta: Pelakon wanita, suami disambung reman

SEREMBAN - Pelakon wanita dan suami yang disyaki terbabit dalam kes penipuan membabitkan urusan penjualan tanah kurnia yang membabitkan kerugian RM1.5 juta disambung reman pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahim berkata, kedua-dua suspek disambung reman sehari untuk melengkapkan siasatan.
"Permohonan reman di Mahkamah Majistret di sini pagi tadi terhadap pasangan ini dibenarkan selama satu hari bermula hari ini sehingga esok.
"Suspek juga dipercayai terlibat dengan kes penipuan berlainan," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.
Media sebelum ini melaporkan, pasangan itu ditahan di sebuah rumah di Hulu Langat, Selangor.
Ia susulan laporan seorang bekas ahli perniagaan lelaki berusia 56 tahun yang dikatakan ditipu dalam urusan penjualan lot tanah kurnia di Selangor dengan kerugian mencecah RM1.5 juta.
Ringkasan AI
- Pelakon wanita dan suami disyaki terbabit dalam penipuan jualan tanah kurnia rugi RM1.5 juta
- Reman pasangan ini disambung sehari untuk siasatan
- Permohonan reman dibenarkan Mahkamah Majistret Seremban
- Pasangan tersebut juga dipercayai terlibat dalam kes penipuan lain
- Ditahan di Hulu Langat susulan laporan penipuan oleh bekas ahli perniagaan
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

