AS serang rangkaian pengganas narkotik di Ecuador

Tentera AS melancarkan serangan bersasar pada Jumaat terhadap rangkaian pengganas narkotik di Ecuador. Foto hiasan
Tentera AS melancarkan serangan bersasar pada Jumaat terhadap rangkaian pengganas narkotik di Ecuador. Foto hiasan
A
A
A

ISTANBUL - Tentera Amerika Syarikat (AS) melancarkan serangan bersasar pada Jumaat terhadap rangkaian pengganas narkotik di Ecuador sebagai sebahagian operasi bersama pasukan Ecuador, menurut US Southern Command (SOUTHCOM), Anadolu Ajansı (AA) melaporkan.

SOUTHCOM dalam kenyataan di syarikat media sosial AS X memaklumkan operasi itu dijalankan atas permintaan Ecuador dan melibatkan "operasi kinetik maut" terhadap organisasi pengganas yang disyaki beroperasi di negara itu.

"Komander Jen Francis L Donovan mengarahkan pasukan bersama itu untuk membantu pasukan Ecuador yang menjalankan operasi kinetik maut terhadap Pertubuhan Pengganas yang Disenaraikan di Ecuador," menurut kenyataan itu.

Donovan berkata, operasi tersebut mencerminkan kerjasama antara AS dan Ecuador untuk memerangi keganasan narkotik di rantau ini.

"Saya mengucapkan tahniah kepada pasukan bersama kami dan angkatan bersenjata Ecuador atas kejayaan operasi menentang pengganas narkotik di Ecuador,” kata Donovan.

"Tindakan kolaboratif dan tegas ini ialah kejayaan strategik untuk semua negara di Hemisfera Barat yang komited dalam membanteras dan menewaskan keganasan narkotik."

Jurucakap Pentagon Sean Parnell berkata, agensi itu menjalankan tindakan yang disasarkan untuk membongkar apa yang disifatkannya sebagai kompleks bekalan pengganas narkotik.

"Jabatan Perang menyatukan rakan kerjasama di seluruh Hemisfera Barat untuk mengesan, menjejaskan dan memusnahkan organisasi pengganas disenaraikan yang mengalakkan keganasan dan rasuah," kata Parnell.

Setiausaha Perang AS, Pete Hegseth turut berkongsi video di X, mengucapkan terima kasih kepada Ecuador atas kerjasamanya dan berkata tindakan selanjutnya menyusul.

Artikel Berkaitan:

Tidak dapat dipastikan angka kematian atau kecederaan daripada operasi itu.

Pentadbiran Trump telah mempergiat operasi ketenteraan di Laut Caribbean dan Lautan Pasifik Timur sejak September, menyatakan untuk menentang penyeludupan narkotik dan membunuh sekurang-kurangnya 148 orang sejak operasi bermula. - Bernama-Anadolu

 

 

Ringkasan AI

  • Tentera Amerika Syarikat melancarkan serangan bersasar terhadap rangkaian pengganas narkotik di Ecuador dengan kerjasama pasukan Ecuador
  • Operasi tersebut dijalankan atas permintaan Ecuador dan termasuk operasi kinetik maut terhadap organisasi pengganas
  • Komander Jen. Francis L. Donovan menyatakan operasi itu mencerminkan kerjasama antara AS dan Ecuador dalam memerangi keganasan narkotik
  • Kejayaan operasi itu dianggap sebagai kemenangan strategik dalam usaha membanteras keganasan narkotik di Hemisfera Barat
  • Tidak dapat dipastikan angka kematian atau kecederaan daripada operasi itu

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!