Guan Eng fail notis rayuan berhubung jumlah ganti rugi saman fitnah

Guan Eng tidak berpuas hati dengan jumlah ganti rugi RM50,000 dan kos RM5,000 yang diputuskan oleh Pesuruhjaya Kehakiman. Shoba Menon pada Khamis.
Guan Eng tidak berpuas hati dengan jumlah ganti rugi RM50,000 dan kos RM5,000 yang diputuskan oleh Pesuruhjaya Kehakiman. Shoba Menon pada Khamis.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Penasihat DAP, Lim Guan Eng memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam berhubung jumlah ganti rugi kes saman fitnah yang difailkannya.

Guan Eng berjaya dalam saman terhadap bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Zuraida Kamaruddin serta dua lagi selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam memutuskan bahawa kenyataan yang dibuat terhadapnya adalah fitnah.

 

Peguamnya, Datuk Sankara Nair dalam satu kenyataan berkata, notis itu difailkan hari ini, dan rayuan berkenaan berhubung jumlah ganti rugi yang diputuskan oleh Pesuruhjaya Kehakiman Shoba Rajah Dorai Rajah semalam.

"Anak guam kami bersyukur dan menghargai keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan tuntutan fitnahnya, mendapati defendan bertanggungjawab serta membayar ganti rugi.

"Namun, anak guam kami tidak berpuas hati dengan jumlah ganti rugi berkenaan, iaitu RM50,000 sebagai ganti rugi dan bayaran kos sebanyak RM5,000, yang dianggap tidak mencukupi dalam keadaan itu. Rayuan ini bertujuan mendapatkan penilaian semula jumlah ganti rugi, sesuai dengan kemudaratan terhadap reputasi yang dialami anak guam kami,” katanya.

Pada 7 Jun 2024, Guan Eng memfailkan saman fitnah di Mahkamah Tinggi Shah Alam dengan menamakan Zuraida, editor MalaysiaNow, Muhammad Abd Ar-Rahman Koya dan MNow Media Sdn Bhd sebagai defendan.

Dalam pernyataan tuntutannya, Guan Eng berkata, Zuraida telah mengeluarkan kenyataan palsu terhadapnya berkaitan projek perumahan untuk bekas kakitangan ladang di Bestari Jaya, Selangor. - Bernama

 

Artikel Berkaitan:

 

 

 

Ringkasan AI

  • Lim Guan Eng memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam mengenai jumlah ganti rugi dalam kes saman fitnah
  • Mahkamah Tinggi Shah Alam memutuskan kenyataan oleh Zuraida Kamaruddin terhadap Guan Eng adalah fitnah
  • Guan Eng tidak berpuas hati dengan jumlah ganti rugi RM50,000 dan kos RM5,000 yang diputuskan
  • Rayuan bertujuan untuk mendapatkan penilaian semula jumlah ganti rugi yang dianggap tidak mencukupi
  • Saman fitnah diajukan oleh Guan Eng berkaitan dengan kenyataan palsu Zuraida mengenai projek perumahan di Bestari Jaya, Selangor

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!