Anggota MALBATT 850-13 di selatan Lubnan selamat - Mohamed Khaled

Anggota MALBATT 850-13 kekal pada tahap kesiapsiagaan tertinggi dan bersedia mengaktifkan pelan kontigensi termasuk pemindahan kecemasan sekiranya diperlukan. FOTO: Facebook MALBATT 850-13
Anggota MALBATT 850-13 kekal pada tahap kesiapsiagaan tertinggi dan bersedia mengaktifkan pelan kontigensi termasuk pemindahan kecemasan sekiranya diperlukan. FOTO: Facebook MALBATT 850-13
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kesemua anggota Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 yang sedang melaksanakan penugasan di selatan Lubnan berada dalam keadaan selamat.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, situasi keselamatan di kawasan tanggungjawab Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) serta MALBATT 850-13 di selatan Lubnan menunjukkan peningkatan aktiviti ketenteraan antara Israel Defense Forces (IDF) dan Hezbollah.

"Tentera Israel dilaporkan memasuki beberapa kawasan di Lubnan, manakala beberapa serangan turut direkodkan berhampiran sektor tanggungjawab MALBATT.

"Sehubungan itu, langkah perlindungan pasukan (force protection) telah dipertingkat selaras dengan tahap waspada semasa," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Mohamed Khaled berkata, pada masa ini tiada keperluan untuk melaksanakan evakuasi kerana keadaan masih terkawal.

"MALBATT 850-13 kekal pada tahap kesiapsiagaan tertinggi dan bersedia mengaktifkan pelan kontigensi termasuk pemindahan kecemasan sekiranya diperlukan," katanya.

Beliau berkata, Kementerian Pertahanan melalui Markas Angkatan Bersama terus memantau perkembangan situasi secara rapat dengan kerjasama UNIFIL serta agensi berkaitan.

"Keselamatan setiap anggota Angkatan Tentera Malaysia sentiasa menjadi keutamaan Kerajaan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Anggota MALBATT 850-13 di Lubnan dalam keadaan selamat
  • Situasi keselamatan di kawasan UNIFIL dan MALBATT di selatan Lubnan menunjukkan peningkatan aktiviti ketenteraan
  • Tentera Israel dilaporkan memasuki beberapa kawasan di Lubnan, berhampiran sektor tanggungjawab MALBATT
  • Langkah perlindungan pasukan MALBATT telah dipertingkat selaras dengan tahap waspada semasa
  • Tiada keperluan untuk evakuasi kerana keadaan masih terkawal, MALBATT kekal pada tahap kesiapsiagaan tertinggi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!