Mindef serah hak mengundi kepada anggota keselamatan - Mohamed Khaled

Mohamed Khaled (depan, empat dari kiri) ketika merasmikan Program Semarak ATM Bersama Komuniti Pulau Banggi, Kudat pada Isnin.
Mohamed Khaled (depan, empat dari kiri) ketika merasmikan Program Semarak ATM Bersama Komuniti Pulau Banggi, Kudat pada Isnin.
A
A
A

KUDAT - Kementerian Pertahanan (MINDEF) menyerahkan sepenuhnya hak mengundi kepada anggota keselamatan Sabah yang akan mengundi awal pada Selasa, 25 November ini.

Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, negara ini sangat istimewa kerana membenarkan anggota tentera untuk mengundi.

Menurut Mohamed Khaled, beliau yakin elemen keselamatan menjadi sandaran kepada anggota dalam menunaikan hak mereka.

"Saya percaya tentera akan melaksanakan hak mereka untuk mengundi.

"Kita di Malaysia berbeza dengan sesetengah negara seperti Indonesia di mana tentera tidak ada hak untuk mengundi.

"Tapi Malaysia kita benarkan tentera untuk menggunakan hak mereka. Dan saya percaya elemen keselamatan antara perkara utama yang menjadi sandaran mereka semasa mengundi," katanya dalam sidang media sempena Program Semarak Angkatan Tentera Malaysia Bersama Komuniti Pulau Banggi, di Kudat pada Isnin.

Undi awal Pilihan Raya Negeri ke-17 Sabah akan diadakan pada Selasa, 25 November dan Hari Pengundian pada 29 November ini.

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Kementerian Pertahanan menyerahkan hak mengundi kepada anggota keselamatan Sabah untuk mengundi awal
  • Negara membenarkan anggota tentera mengundi, berbeza dengan beberapa negara seperti Indonesia
  • Mohamed Khaled Nordin percaya elemen keselamatan penting bagi anggota tentera dalam mengundi
  • Malaysia membolehkan tentera menggunakan hak mengundi sebagai sokongan utama
  • Undi awal Pilihan Raya Negeri ke-17 Sabah diadakan pada 25 November, Hari Pengundian pada 29 November

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!