Tengku Zafrul dilantik Penasihat Kanan Politik kepada Perdana Menteri

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dilantik sebagai Penasihat Kanan Politik kepada Perdana Menteri bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa hari ini.
Perkara tersebut dimaklumkan menerusi satu kenyataan Pejabat Perdana Menteri.
Menerusi kenyataan itu, pelantikan tersebut mendapat persetujuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Pelantikan ini adalah bagi mengisi kekosongan jawatan Setiausaha Politik (Kanan) kepada Perdana Menteri.
"Dalam masa sama, Perdana Menteri menzahirkan harapan agar Tengku Zafrul dapat melaksanakan amanah yang diberikan ini dengan baik dan penuh tawaduk demi kemakmuran negara serta kesejahteraan rakyat," kata kenyataan itu pada Rabu.
Untuk rekod Tengku Zafrul pernah bertugas sebagai Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
Beliau juga berpengalaman luas dalam bidang kewangan dan pembangunan ekonomi pernah memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan pada Mac 2020.
Ringkasan AI
- Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dilantik sebagai Penasihat Kanan Politik kepada Perdana Menteri
- Pelantikan berkuat kuasa hari ini untuk tempoh dua tahun
- Pelantikan mendapat persetujuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim
- Pelantikan adalah bagi mengisi kekosongan jawatan Setiausaha Politik (Kanan) kepada Perdana Menteri
- Tengku Zafrul mempunyai pengalaman sebagai Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri dan juga sebagai Menteri Kewangan pada Mac 2020
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

