Tengku Zafrul sahkan 2 Disember hari terakhir di MITI

Tengku Zafrul.
Tengku Zafrul.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengesahkan bahawa 2 Disember ini merupakan hari terakhir beliau menerajui Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Beliau mengakui, wujud sedikit rasa hiba sambil menyifatkan peralihan itu sebagai sesuatu yang tidak dapat dielakkan mengikut keperluan undang-undang.

“Saya memang berasa sedikit sedih dengan peralihan ini... tetapi secara undang-undang, seseorang perlu berada dalam Dewan Rakyat untuk berkhidmat sebagai menteri.

“Jadi saya tidak boleh lagi meneruskan peranan tersebut," kata beliau pada sidang media semasa mengumumkan Kad Laporan Prestasi MITI Suku Ketiga 2025, di sini pada Khamis.

Menurut Tengku Zafrul, ketika ini segala keputusan mengenai pengganti dan hala tuju kementerian diserahkan sepenuhnya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan barisan kepimpinan baharu kerajaan.

Dalam masa sama, Tengku Zafrul memberitahu, fokus utama beliau kini hanyalah memastikan proses transisi berjalan lancar.

“Tugas saya sekarang adalah untuk menguruskan peralihan sebaik mungkin. Selebihnya, semuanya terserah kepada Perdana Menteri,” ujar beliau.

Tengku Zafrul turut menjelaskan, tiada perbincangan rasmi setakat ini mengenai kemungkinan beliau menyambung peranan tertentu di MITI.

“Jika diperlukan, saya sudah maklumkan kepada pimpinan bahawa saya sedia membantu

Artikel Berkaitan:

“Buat masa ini, saya hanya menunggu arahan daripada Perdana Menteri mengenai apa-apa peranan selepas ini,” katanya.

Pada masa sama, beliau menegaskan belum menerima maklumat mengenai individu yang bakal menggantikannya sebagai Menteri MITI.

Zafrul turut menyampaikan ucapan penuh emosi mengenai kak laporan terakhirnya, sambil menyatakan beliau sebenarnya berharap dapat terus bersama MITI kerana masih ada 'merah yang ingin diperbaiki' dalam nada bergurau.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada pasukan MITI yang sentiasa berada di sisinya ketika berucap pada sidang media bagi mengumumkan Kad Laporan Prestasi MITI Suku Ketiga 2025 hari ini. - Awani

Ringkasan AI

  • Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengesahkan 2 Disember akan menjadi hari terakhirnya menerajui Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri
  • Beliau merasa sedih dengan peralihan jawatan tetapi memahami keperluan undang-undang yang mewajibkan menteri berada dalam Dewan Rakyat
  • Segala keputusan mengenai pengganti dan hala tuju kementerian kini bawah tanggungjawab Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kepimpinan baru
  • Fokus utama Tengku Zafrul kini adalah memastikan proses transisi berjalan lancar
  • Beliau turut menyatakan kesediaan untuk membantu jika diperlukan dan menunggu arahan dari Perdana Menteri mengenai peranan selepas ini

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!