Letupan gegarkan ibu kota Iran susulan serangan baharu Israel

TEHERAN - Ibu kota Iran, Teheran digegarkan dengan gelombang letupan baharu pada Selasa selepas tentera Israel mengumumkan pelancaran serangan susulan, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Pesawat pejuang menyasarkan beberapa lokasi di Teheran sejak awal pagi Selasa, menurut wartawan Anadolu.
Media Iran turut melaporkan berlakunya letupan baharu di Bandar Isfahan yang terletak di tengah-tengah negara itu.
Setakat ini, masih belum ada kenyataan rasmi yang memperincikan lokasi tepat yang menjadi sasaran di Tehran dan Isfahan.
Kempen ketenteraan bersama Amerika Syarikat (AS)-Israel yang dilancarkan terhadap Iran pada Sabtu lepas dilaporkan telah mengorbankan beberapa pegawai kanan Iran, termasuk Pemimpin Agung, Ayatollah Ali Khamenei.
Sebagai tindak balas, Teheran melancarkan serangan balas menggunakan dron dan peluru berpandu yang menyasarkan Israel serta negara-negara Teluk yang menempatkan aset milik AS. - Bernama- Anadolu
Ringkasan AI
- Teheran digegarkan dengan gelombang letupan baharu
- Pesawat pejuang Israel menyasarkan beberapa lokasi di Teheran
- Berlaku letupan di Bandar Isfahan
- Kempen ketenteraan AS-Israel mengorbankan beberapa pegawai kanan Iran
- Teheran melancarkan serangan balas menyasarkan Israel dan negara-negara Teluk
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
