Glocal Travel urus logistik, penginapan tambahan bagi jemaah terkandas di Tanah Suci

Glocal Travel sedang menguruskan urusan logistik serta penginapan tambahan bagi jemaah yang terkandas di Tanah Suci sehingga jadual penerbangan kembali stabil.
Glocal Travel sedang menguruskan urusan logistik serta penginapan tambahan bagi jemaah yang terkandas di Tanah Suci sehingga jadual penerbangan kembali stabil.
A
A
A

SHAH ALAM - Glocal Travel & Tours Sdn Bhd (Glocal Travel) sedang menguruskan urusan logistik serta penginapan tambahan bagi jemaah yang terkandas di Tanah Suci sehingga jadual penerbangan kembali stabil.

Glocal Travel dalam satu kenyataan berkata, wakil syarikat akan menghubungi jemaah yang terlibat secara terus untuk memaklumkan tarikh dan masa penerbangan baharu.

"Dalam masa sama, pasukan operasi kami sedang menyusun semula jadual pergerakan dan mendapatkan slot penerbangan ganti bagi jemaah yang terjejas.

"Kami memohon ribuan kemaafan atas segala kesulitan luar jangka ini dan amat menghargai kesabaran serta kerjasama jemaah," katanya pada Selasa.

Sebelum ini pihak Amal by Malaysia Airlines telah mengeluarkan Notis Perjalanan berkenaan pembatalan penerbangan ke dan dari Jeddah serta Madinah bagi tarikh 28 Februari hingga 4 Mac 2026 susulan penutupan sementara ruang udara di beberapa bahagian Asia Barat.

Tambah Glocal Travel, keselamatan jemaah sentiasa menjadi keutamaan mutlak.

"Kami sedang giat mengambil tindakan drastik berikut demi kelancaran urusan jemaah," ujarnya.

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Glocal Travel & Tours Sdn Bhd mengurus logistik dan penginapan tambahan untuk jemaah terkandas di Tanah Suci
  • Wakil syarikat akan hubungi jemaah terlibat untuk maklumkan tarikh dan masa penerbangan baru
  • Pasukan operasi menyusun semula jadual pergerakan dan mendapatkan slot penerbangan ganti
  • Glocal Travel minta maaf atas kesulitan ini dan hargai kesabaran jemaah
  • Keselamatan jemaah menjadi keutamaan mutlak bagi Glocal Travel

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!