Alireza Arafi dipilih sebagai anggota Majlis Kepimpinan interim Iran

ISTANBUL - Pihak berkuasa Iran telah memilih Ayatollah Alireza Arafi, seorang anggota ulama Majlis Penjaga Perlembagaan, untuk berkhidmat dalam Majlis Kepimpinan interim negara itu, lapor Anadolu Ajansi memetik kenyataan rasmi pada Ahad.
Jurucakap Majlis Penentuan Kepentingan Iran, Mohsen Dehnavi, menerusi satu hantaran di platform media sosial X berkata, pelantikan itu dibuat selaras dengan Perkara 111 Perlembagaan Iran.
Beliau menjelaskan bahawa sehingga Pemimpin Agung yang baharu dipilih, sebuah Majlis Kepimpinan sementara akan dibentuk yang terdiri daripada Presiden negara (Masoud Pezeshkian), Ketua Kehakiman, dan seorang anggota ulama daripada Majlis Penjaga Perlembagaan.
Dehnavi berkata, majlis itu memilih Arafi sebagai wakil ulamanya bagi memastikan kelangsungan kepimpinan sementara menunggu Perhimpunan Pakar meneruskan proses pemilihan pemimpin tetap "secepat mungkin."
Iran pada Ahad mengesahkan kematian Pemimpin Agung Ayatollah Ali Khamenei dan beberapa pegawai tinggi dalam serangan oleh Israel dan Amerika Syarikat (AS) ke atas negara itu. - Bernama-Anadolu
Ringkasan AI
- Pihak berkuasa Iran telah memilih Ayatollah Alireza Arafi untuk berkhidmat dalam Majlis Kepimpinan interim
- Pelantikan Arafi dibuat selaras dengan Perkara 111 Perlembagaan Iran
- Majlis Kepimpinan sementara dibentuk sehingga Pemimpin Agung yang baharu dipilih, terdiri daripada Presiden negara, Ketua Kehakiman, dan anggota ulama dari Majlis Penjaga Perlembagaan
- Arafi dipilih sebagai wakil ulama dalam majlis untuk memastikan kelangsungan kepimpinan sementara
- Iran mengesahkan kematian Pemimpin Agung Ayatollah Ali Khamenei dalam serangan oleh Israel dan Amerika Syarikat
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
