PRU16: BN konsisten bertanding guna tiket sendiri - Johari

Johari berucap pada program Sentuhan Ramadan: Memasak dan Mengedar Bubur Lambuk, Sumbangan Cermin Mata Belia Sekolah, Majlis Berbuka Puasa di Madrasah Rajaiyah, Kampong Bharu pada Ahad.
Johari berucap pada program Sentuhan Ramadan: Memasak dan Mengedar Bubur Lambuk, Sumbangan Cermin Mata Belia Sekolah, Majlis Berbuka Puasa di Madrasah Rajaiyah, Kampong Bharu pada Ahad.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) kekal bertanding atas tiket gabungan itu tanpa membabitkan mana-mana kerjasama parti lain pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, penentuan meneruskan kerjasama dalam kerangka Madani hanya akan dibincangkan dalam mesyuarat BN.

"BN tetap BN, dalam pilihan raya kita bertanding atas BN. Sama ada kerjasama sebelum dan selepas, itu akan dibincangkan dalam parti kita, dalam BN.

"Soalan Anthony Loke (Setiausaha Agung DAP) mengenai hala tuju kerangka Madani dituju kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merupakan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), saya tidak boleh komen perihal parti mereka.

"Kerjasama dalam kerajaan datang pelbagai bentuk dan dalam soal kita hari ini, kita bentuk kerajaan kerana ketika itu kerajaan tidak boleh dibentuk (pasca PRU15)," jelasnya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan program Sentuhan Ramadan: Memasak dan Mengedar Bubur Lambuk, Sumbangan Cermin Mata Belia Sekolah, Majlis Berbuka Puasa di Madrasah Rajaiyah, Kampong Bharu di sini pada Ahad.

Media sebelum ini melaporkan Anthony meminta Perdana Menteri menjelaskan strategi kerjasama Kerajaan Perpaduan menjelang pilihan raya akan datang.

Beliau berkata, adalah tidak logik untuk parti Kerajaan Perpaduan bekerjasama di Parlimen, tetapi bersaing di peringkat negeri.

Baru-baru ini, BN dan Gabungan Rakyat Sabah bersaing pada PRN Sabah, walaupun adalah sekutu dalam Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan.

Artikel Berkaitan:

Anthony berkata, Anwar perlu membuat dua keputusan penting untuk memuktamadkan strategi pilihan raya iaitu sama ada pilihan raya umum dan negeri perlu diadakan serentak atau tidak.

Sementara yang kedua ialah sama ada untuk bertanding di bawah rangka kerja gabungan kerajaan Madani yang sedia ada atau sebaliknya.

 

Ringkasan AI

  • Barisan Nasional (BN) kekal bertanding atas tiket gabungan itu tanpa kerjasama parti lain pada PRU16
  • Kerjasama dalam kerangka Madani hanya akan dibincangkan dalam mesyuarat BN
  • Penentuan kerjasama sebelum dan selepas pilihan raya akan dibincangkan dalam parti BN
  • Kerjasama dalam kerajaan datang dalam pelbagai bentuk kerana keperluan membentuk kerajaan pasca PRU15
  • Datuk Seri Johari tidak dapat mengulas tentang kerjasama parti lain seperti ditanya oleh Anthony Loke mengenai hala tuju kerangka Madani

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!