Rafizi kekal ahli PKR, ADUN Pantai Jerejak digantung jawatan

Rafizi
Rafizi
A
A
A

KUALA LUMPUR - Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) memutuskan Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli kekal sebagai ahli parti itu.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Dr Fuziah Salleh berkata, mesyuarat yang berlangsung pada Ahad telah membincangkan isu surat tunjuk sebab kepada Rafizi dan jawapannya sebelum ini.

“MPP telah membincangkan isu surat tunjuk sebab Setiausaha Agung kepada saudara Rafizi Ramli dan jawapan beliau.

"Parti mengambil maklum bahawa beliau kekal sebagai anggota parti dan mengingatkan beliau agar sentiasa mematuhi perlembagaan, kod tata etika serta disiplin parti sebagai tanda beliau masih setia sebagai anggota parti," katanya dalam kenyataan di sini.

Fuziah
Fuziah

Dalam perkembangan sama, Fuziah memaklumkan semua jawatan parti yang dipegang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Jerejak, Fahmi Zainol digantung serta-merta sehingga kes mahkamah dihadapinya diputuskan.

"Berhubung jawatan beliau dalamMajlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Setiausaha Agung PKR akan mengutuskan surat kepada Ketua Menteri dalam masa terdekat," katanya.

Selain itu, berkait keanggotaan, MPP telah dimaklumkan bahawa PKR telah menerima 14,225 anggota baharu bagi tempoh Oktober 2025 sehingga Januari 2026.

Artikel Berkaitan:

Antara anggota baharu termasuk Ketua Pengarah Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC), Dr Sani Araby Salim Araby dan Pengurus Strategik Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Hidayat Abdullah.

MPP juga memutuskan pelantikan Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Chiew Choon Man sebagai ahli ex officio MPP, manakala Pencetus Ummah, Muhd Haris Mohd Ismail (PU Haris) sebagai Timbalan Pengerusi Biro Agama.

Ringkasan AI

  • Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli kekal sebagai ahli PKR
  • Setiausaha Agung PKR, Datuk Dr Fuziah Salleh menyatakan Rafizi diingatkan untuk patuh kepada perlembagaan dan disiplin parti
  • Fahmi Zainol, ADUN Pantai Jerejak, digantung semua jawatan partinya sehingga selesai kes mahkamah
  • PKR menerima 14,225 anggota baru dari Oktober 2025 hingga Januari 2026
  • Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Chiew Choon Man dilantik sebagai ahli ex officio MPP, PU Haris sebagai Timbalan Pengerusi Biro Agama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!