Mayat nelayan ditemui terapung

Gerakan mencari yang dijalankan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar menemukan mayat mangsa pada jam 2.40 petang tadi.
Gerakan mencari yang dijalankan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar menemukan mayat mangsa pada jam 2.40 petang tadi.
A
A
A

KUALA KANGSAR - Seorang nelayan ditemui mati lemas selepas dipercayai terjatuh dari bot ketika menjalankan kerja-kerja menarik pukat di Tasik Chenderoh di sini hari ini.

Jama Razali, 59, ditemui dalam keadaan terapung oleh anggota bomba yang menjalankan operasi mencari dan menyelamat pada jarak 300 meter dari bot mangsa kira-kira jam 2.40 petang.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisoner Razali Ibrahim berkata, mangsa dikatakan keluar dari rumahnya di Kampung Changkat Payong, Kati menuju ke tasik berkenaan sejak pagi semalam namun sehingga malam, mangsa masih belum pulang.

"Kejadian disedari rakan mangsa yang ternampak bot berkenaan tenggelam, namun mangsa tidak kelihatan.

"Rakan itu mengesyaki mangsa telah lemas dan segera memberitahu isteri mangsa sebelum satu laporan polis dibuat semalam," katanya.

Mangsa ditemui dalam keadaan terapung oleh anggota bomba yang menjalankan operasi mencari dan menyelamat pada jarak 300 meter dari bot mangsa kira-kira jam 2.40 petang.
Mangsa ditemui dalam keadaan terapung oleh anggota bomba yang menjalankan operasi mencari dan menyelamat pada jarak 300 meter dari bot mangsa kira-kira jam 2.40 petang.

Menurutnya, gerakan mencari yang dijalankan hari ini menemui mayat mangsa tidak jauh dari bot digunakan iaitu lokasi mangsa terjatuh.

"Buat masa ini kes diklasifikasikan sebagai orang hilang, siasatan awal juga mendapati mangsa yang bekerja sebagai nelayan darat dan penoreh getah itu tidak mempunyai musuh," katanya.

Artikel Berkaitan:

Gerakan mencari yang dijalankan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar itu tamat pada jam 3.40 petang.