Dron dipintas di ruang udara Dubai, serpihan cetus kebakaran di hotel ikonik Burj Al Arab

Kebakaran yang berlaku pada bahagian luar bangunan hotel mewah ikonik Burj Al Arab - Foto: Agensi
Kebakaran yang berlaku pada bahagian luar bangunan hotel mewah ikonik Burj Al Arab - Foto: Agensi
A
A
A

ISTANBUL - Pihak berkuasa Dubai pada Ahad memaklumkan bahawa sebuah dron telah dipintas di ruang udara bandar itu, dengan serpihan yang terjatuh mencetuskan kebakaran terhad pada bahagian luar bangunan hotel mewah ikonik Burj Al Arab, lapor Anadolu Ajansi.

Dalam satu kenyataan yang disiarkan di X, Pejabat Media Dubai menyatakan pasukan Pertahanan Awam bertindak balas dengan segera dan berjaya mengawal keadaan.

Tiada kecederaan dilaporkan. - Bernama

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Dron dipintas di ruang udara Dubai menyebabkan serpihan jatuh di Burj Al Arab
  • Pasukan Pertahanan Awam bertindak cepat mengawal keadaan
  • Kebakaran terhad cecah bahagian luar hotel mewah
  • Tiada kecederaan dilaporkan
  • Insiden tersebut dilaporkan oleh Anadolu Ajansi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!