Seorang maut, 7 cedera susulan insiden di Lapangan Terbang Abu Dhabi

Pihak Lapangan Terbang Abu Dhabi berkata kejadian itu mengakibatkan kematian seorang warga Asia dan tujuh lagi cedera - Foto: Agensi
Pihak Lapangan Terbang Abu Dhabi berkata kejadian itu mengakibatkan kematian seorang warga Asia dan tujuh lagi cedera - Foto: Agensi
A
A
A

ABU DHABI - Abu Dhabi Airports pada Ahad memaklumkan bahawa satu insiden berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Zayed, Abu Dhabi, mengakibatkan seorang maut dan tujuh cedera, lapor Xinhua.

Dalam satu hantaran di platform media sosial X, pengendali lapangan terbang itu mengesahkan bahawa mangsa yang meninggal dunia adalah seorang warga Asia, manakala mereka yang cedera menerima bantuan perubatan.

"Orang ramai diminta mengelak daripada menyebarkan khabar angin dan hanya merujuk kepada sumber rasmi. Kemas kini akan diberikan,” menurutnya. - Bernama

 

 

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Abu Dhabi Airports memaklumkan berlakunya satu insiden di Lapangan Terbang Antarabangsa Zayed, Abu Dhabi yang mengakibatkan seorang maut dan tujuh cedera
  • Mangsa yang meninggal dunia adalah seorang warga Asia
  • Mereka yang cedera menerima bantuan perubatan
  • Orang ramai diminta mengelak daripada menyebarkan khabar angin
  • Rujukan kepada sumber rasmi untuk kemas kini berkaitan insiden

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!