Covid-19: Jumlah kematian cecah 50 orang

Dr Noor Hisham bercakap pada sidang media mengenai situasi semasa Covid-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini.
-Foto Sinar Harian SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Dr Noor Hisham bercakap pada sidang media mengenai situasi semasa Covid-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini. -Foto Sinar Harian SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan pertambahan lima kematian hari ini, menjadikan keseluruhan 50 kes di negara ini.

Menurutnya, bilangan pesakit yang telah sembuh terus meningkat dengan terbaru, seramai 122 orang telah sembuh.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di adalah sebanyak 50 kes iaitu 1.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes," katanya.

Tiga kes kematian terbaru melibatkan Johor iaitu masing-masing di Hospital Sultanah Aminah, Hospital Pakar Sultanah Fatimah dan Hospital Enchee' Besar Hajjah Khalsom.

Dua kematian lagi di Hospital Umum Sarawak dan Hospital Tuanku Jaafar Negeri Sembilan.

Artikel Berkaitan: