Halang lagi tugas penjawat awam!

Ketiga-tiga tertuduh tiba di pekarangan Mahkamah Majistret Kuala Pilah.
Ketiga-tiga tertuduh tiba di pekarangan Mahkamah Majistret Kuala Pilah.
A
A
A

KUALA PILAH - Tiga lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Pilah di sini hari ini atas pertuduhan menghalang penjawat awam menjalankan tugas semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pengakuan tersebut dibuat oleh Mohammad Eidzwan Rosle, 24, Muhammad Fakhrul Jenal, 28, dan Muhammad Hafiz A Md Zainal, 22, sebaik pertuduhan dibacakan terhadap mereka dalam dua pertuduhan berasingan di hadapan Majistret Saiful Sayoti.

Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh, Mohammad Eidzwan Rosle dan Muhammad Fakhrul Jenal secara bersama-sama pada 29 Mac lalu jam lebih kurang 10 malam bertempat di Jalan Juasseh-Kuala Pilah dengan sukarela menghalang seorang penjawat awam.

Tertuduh telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Ketiga-tiga tertuduh tiba di pekarangan Mahkamah Majistret Kuala Pilah.
Ketiga-tiga tertuduh tiba di pekarangan Mahkamah Majistret Kuala Pilah.

Sementara itu, tertuduh Muhammad Hafiz A Md Zainal pada 30 Mac lalu jam 6.15 petang di Kilometer 11 Jalan Kuala Pilah-Seremban turut didakwa atas kesalahan sama yang boleh dihukum di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan masing-masing boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya.

Mahkamah kemudiannya menjatuhkan hukuman penjara selama 20 hari terhadap Mohammad Eidzwan Rosle, Muhammad Fakhrul Jenal dan denda RM2,500, sekiranya gagal menjelaskan denda boleh dipenjara satu bulan manakala Muhammad Hafiz A Md Zainal dipenjara selama satu bulan dan denda RM2,500 sekiranya gagal menjelaskan denda dipenjara satu bulan.

Artikel Berkaitan:

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Muhaimin Mohd Azman.