Ujian MySiren bermula, orang ramai mula terima notifikasi kecemasan

Orang ramai hari ini mula menerima notifikasi kecemasan menerusi ujian Sistem Amaran Awal Nasional (MySiren) yang akan dilaksanakan secara serentak di seluruh negara bermula jam 10.10 hingga 10.30 pagi ini.

A
A
A

KUALA LUMPUR -  Orang ramai hari ini mula menerima notifikasi kecemasan menerusi ujian Sistem Amaran Awal Nasional (MySiren) yang dilaksanakan secara serentak di seluruh negara bermula jam 10.10 hingga 10.30 pagi ini.

Ujian berkenaan diadakan bagi menguji keupayaan sistem itu menyalurkan notifikasi kecemasan secara pantas kepada telefon bimbit pengguna.

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil hari ini hadir meninjau sesi ujian MySiren di Markas Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), Kampung Pulau Meranti, di sini.

MySiren ialah Sistem Amaran Awal (EWS) Malaysia yang dibangunkan untuk memberi amaran kepada orang ramai semasa kecemasan, supaya mereka dapat mengambil tindakan segera bagi melindungi nyawa dan harta benda.- Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!