Anak sulung Amyza Aznan meninggal dunia

Tangkap layar hantaran di Insta Story milik Amyza pada Isnin.
Tangkap layar hantaran di Insta Story milik Amyza pada Isnin.
A
A
A

ANAK sulung pelakon Amyza Aznan, Andre Mikhail meninggal dunia akibat kanser paru-paru pada Isnin.

Perkara itu dimaklumkan oleh Amyza menerusi hantaran di Insta Story miliknya pada Isnin.

Amyza turut memohon kepada orang ramai untuk sedekahkan Al-Fatihah buat anaknya.

"Assalamualaikum dengan dukacita anak saya Andre Mikhail bin Khairil Izhar telah pulang ke negeri abadi.

"Minta semua sedekahkan Al-Fatihah kepada anak saya,” tulisnya.

Sebelum ini, media melaporkan Amyza, 51, memohon orang ramai mendoakan kesihatan anak sulungnya yang difahamkan semakin kritikal di Hospital Kuala Lumpur disebabkan kanser paru-paru.

Tahun lalu, Amyza memaklumkan bahawa Andre disahkan menghidap kanser paru-paru tahap tiga.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Anak sulung Amyza Aznan, Andre Mikhail meninggal dunia akibat kanser paru-paru
  • Amyza Aznan umumkan pemergian anaknya melalui Insta Story pada Isnin
  • Amyza meminta orang ramai sedekahkan Al-Fatihah untuk anaknya
  • Media sebelumnya melaporkan kesihatan Andre Mikhail kritikal di Hospital Kuala Lumpur
  • Andre Mikhail disahkan menghidap kanser paru-paru tahap tiga tahun lalu

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!