Keluar tengah malam, awal pagi elak ditahan

Baharudin
Baharudin
A
A
A

DUNGUN - Polis mengesan taktik beberapa individu yang melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan memilih waktu malam atau awal pagi untuk keluar bersiar-siar bagi mengelakkan ditahan.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Baharudin Abdullah berkata, mereka kononnya menyangka waktu berkenaan 'selamat' dan tidak akan terserempak dengan pihak berkuasa.

Beliau berkata, penubuhan Pasukan Khas Covid-19 yang ditubuhkan sejak hari pertama PKP bertugas 24 jam memantau perkembangan terkini terutama melibatkan pergerakan dan aktiviti orang awam.

"Semua anggota pasukan kereta peronda polis (MPV), Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dan Rondaan Cegah Jenayah (RCJ) akan melakukan rondaan terutama di lokasi menjadi tumpuan awam," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Baharudin berkata, seramai 10 individu ditahan kerana melanggar PKP sejak 31 Mac lalu di daerah ini.

Kesemua lelaki yang berusia antara 20-an hingga 30-an itu didapati menunggang motosikal dan ada juga yang berjalan kaki pada waktu malam tanpa alasan munasabah.

Artikel Berkaitan: