Tanda pilihan raya dibaca melalui senyuman Perdana Menteri - Mat Sabu

Mohamad menyampaikan ucapan pada Majlis Konvensyen Nasional 2025 Amanah di Dewan Raja Muda Musa, Seksyen 7, pada Sabtu. Foto Bernama
Mohamad menyampaikan ucapan pada Majlis Konvensyen Nasional 2025 Amanah di Dewan Raja Muda Musa, Seksyen 7, pada Sabtu. Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Beberapa pilihan raya negeri (PRN) dijangka akan berlangsung serentak dengan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) pada tahun depan.

Bacaan itu dibuat Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu bersandarkan ‘ukiran’ senyuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Tidak mustahil PRU16 dan PRN akan diadakan serentak pada tahun hadapan, itu kita ramal sajalah. Ini hak Perdana Menteri saya tengok muka dia, Kalau dia senyum tu, mulut dia herot sikit belah kanan, pilihan raya dekat.

“Kalau mulut dia sedikit sebelah kiri, lama nampak jauh lagi. Itu saya punya bacaanlah tak tahu betul atau tidak,” katanya ketika menyampaikan Pidato Presiden sempena Konvensyen Nasional 2025 Amanah di Dewan Raja Muda Musa, Kompleks Belia dan Kebudayaan Selangor di sini pada Sabtu.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke dilapor sekali lagi menyatakan pendirian parti itu yang menyokong pelaksanaan PRU dan PRN serentak.

Pendirian Ahli Parlimen Seremban itu kemudiannya di sokong pelbagai pihak termasuk pemimpin parti kerajaan dan pembangkang.

Menurut Mohamad Sabu, PRN Melaka, Johor dan Sarawak antara yang diramal berlangsung tahun depan dan tempoh berkenaan dilihat waktu sesuai untuk mengadakan pilihan raya dengan prestasi baik dipamerkan Kerajaan Perpaduan.

Beliau yang juga Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan turut dalam masa sama turut menyeru ahli parinya supaya bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.

“Saya menyeru semua jentera bangkit semula ke medan rakyat. Dekati masyarakat, bantu orang susah, jadi suara yang menenangkan, bukan yang menakutkan.

Artikel Berkaitan:

“Ingatlah. Tidak mustahil PRU16 dan PRN negeri akan diadakan serentak pada tahun hadapan. Maka, marilah kita bekerja dari sekarang,” katanya.

Ringkasan AI

  • Pilihan raya negeri dijangka berlangsung serentak dengan Pilihan Raya Umum ke-16 tahun depan
  • Prediksi ini dibuat berdasarkan bacaan tanda senyuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim
  • Setiausaha Agung DAP menyokong pelaksanaan PRU dan PRN secara serentak, disokong oleh pelbagai pihak
  • PRN Melaka, Johor, dan Sarawak antara yang diramal berlangsung tahun depan
  • Mohamad Sabu menyeru ahli partinya bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!