Rapid Rail panjangkan waktu operasi sempena Ramadan - Anthony

ANTHONY
ANTHONY
A
A
A

KUALA LUMPUR - Rapid Rail Sdn. Bhd. (RRSB) akan memanjangkan tempoh waktu puncak hari perkhidmatan rel sempena bulan Ramadan bagi menampung perubahan corak perjalanan pengguna.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, waktu puncak pagi dipanjangkan bermula 6.30 hingga 9.30 berbanding 7.00 hingga 9.30 pada bulan biasa.

Menurutnya, manakala waktu puncak petang dipanjangkan dari 4 hingga 8 malam berbanding 5 hingga 7.30 pada bulan lain.

"Langkah ini dilaksanakan bagi memastikan kelancaran perkhidmatan, meningkatkan keselesaan penumpang dan menjamin kecekapan operasi.

"Ia khususnya dalam mengurus pergerakan penumpang pada waktu perjalanan pulang awal untuk persediaan berbuka puasa," ujarnya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat pada Isnin.

Beliau menjawab soalan Syahredzan Johan (DAP-Bangi) yang meminta Menteri Pengangkutan menyatakan sama ada waktu puncak perkhidmatan Rapid Rail akan diubah bersempena dengan bulan Ramadhan yang melihat perubahan pola pergerakan.

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Rapid Rail Sdn. Bhd. memanjangkan waktu puncak hari perkhidmatan sempena bulan Ramadan
  • Waktu puncak pagi bermula 6.30 hingga 9.30, berubah dari 7.00 hingga 9.30 pada bulan biasa
  • Waktu puncak petang dipanjangkan dari 4 hingga 8 malam, berbanding 5 hingga 7.30 pada bulan lain
  • Langkah ini bertujuan meningkatkan keselesaan penumpang dan kecekapan operasi
  • Dilaksanakan untuk mengurus pergerakan penumpang pada waktu berbuka puasa

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!