'Sebelah Hati' konflik keluarga meruntun jiwa

Lakonan cemerlang Ustaz Ahmad Husam dan Noorkhiriah dalam Sebelah Hati.
Lakonan cemerlang Ustaz Ahmad Husam dan Noorkhiriah dalam Sebelah Hati.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pendakwah, Ustaz Ahmad Husam Baderudin mencipta kelainan apabila tampil sebagai pelakon utama dalam filem Sebelah Hati yang ditayangkan di platform YouTube Al Irsyad Studio.

Filem menyentuh kisah kekeluargaan itu menceritakan tentang seorang anak lelaki lakonan Ahmad Husam yang terputus kasih dengan ibunya selepas kematian bapanya.

Gandingan Ahmad Husam bersama pelakon berpengalaman seperti Wan Maimunah Aziz dan Noorkhiriah Shapie ternyata berjaya meruntun jiwa penonton.

Filem Sebelah Hati yang ditayangkan di platform YouTube Al Irsyad Studio.
Filem Sebelah Hati yang ditayangkan di platform YouTube Al Irsyad Studio.

Selain Wan Maimunah dan Noorkhiriah, karya arahan Hisham Ismail itu turut dibintangi Zainol Ismail.

"Saya berharap naskhah ini dapat diterima oleh penonton dan menghayati sebaik mungkin mesej yang disampaikan.

"Ia bukan sekadar filem, namun ada mesej yang perlu diambil oleh penonton," kata Ahmad Husam.

Artikel Berkaitan:

Konflik kekeluargaan yang bagaikan tiada kesudahan dalam Sebelah Hati.
Konflik kekeluargaan yang bagaikan tiada kesudahan dalam Sebelah Hati.

Filem tersebut telah mula ditayangkan di platform YouTube pada hari pertama Ramadan.

Jalan cerita mengisahkan bagaimana seorang anak lelaki tidak lagi mendapat kasih sayang ibunya selepas dikatakan menjadi punca kepada kematian bapanya.

Konflik kekeluargaan yang bagaikan tiada kesudahan, namun sebagai seorang anak kasih kepada seorang ibu lakonan Wan Maimunah tetap menebal.

Bagaimanapun rahsia terbongkar di sebalik konflik itu, orang ramai boleh menonton kisah ini di YouTube untuk mengetahui kesudahannya.

Ringkasan AI

  • Ustaz Ahmad Husam Baderudin berlakon sebagai pelakon utama dalam filem Sebelah Hati di YouTube
  • Filem tentang anak lelaki yang terputus kasih dengan ibunya selepas kematian bapanya
  • Wan Maimunah Aziz dan Noorkhiriah Shapie turut berlakon dalam filem tersebut
  • Filem diarah oleh Hisham Ismail
  • Tayangan filem bermula pada hari pertama Ramadan di YouTube

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!