Kanak-kanak maut didera ibu tiri, tubuh penuh kesan luka

SUKABUMI - Tular di media sosial menunjukkan keadaan menyayat hati seorang kanak-kanak berusia 12 tahun dengan kesan luka pada tubuh kerana menjadi mangsa penderaan ibu tirinya.
Mangsa dikenali sebagai NS dari Desa Bojongsari, Kecamatan Jampang Kulon, Kabupaten Sukabumi, Jawa Barat di Indonesia itu yang sempat dirawat di hospital meninggal dunia pada Khamis lalu.
Kasat Reskrim Polres Sukabumi, AKP Hartono berkata, mereka masih menunggu keputusan autopsi.

Sementara itu, bapanya, Anwar Satibi, 38, menegaskan dia akan mengambil tindakan undang-undang jika terbukti anaknya didera.
"Saya mohon hukuman yang setimpal atas perbuatannya," ujarnya ketika ditemui petugas media di RS Bhayangkara TK II Setukpa Polri pada Jumaat.
Difahamkan, Anwar menuntut prosedur bedah siasat dilakukan terhadap anaknya bagi merungkai kebenaran.
Beberapa catatan di media sosial mendakwa NS yang pulang bercuti dari pesantren untuk menyambut Ramadan bersama keluarga turut dipaksa meminum air panas oleh ibu tirinya. - Agensi
Ringkasan AI
- Kanak-kanak 12 tahun jadi mangsa penderaan ibu tiri dan meninggal dunia
- Mangsa berasal dari Desa Bojongsari, Sukabumi, Jawa Barat
- Polis masih menunggu hasil autopsi
- Bapa mangsa, Anwar Satibi, akan ambil tindakan undang-undang
- Anwar menuntut bedah siasat untuk merungkai kebenaran
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

