PBB gesa henti keganasan di Libya, tumpu usaha perangi Covid-19

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
A
A
A

TRIPOLI - Pejabat Penyelarasan dan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) di Libya pada Rabu menggesa konflik bersenjata di negara itu ditamatkan untuk membolehkan pihak berkuasa menumpukan usaha memerangi wabak koronavirus (Covid-19), lapor agensi berita Xinhua.

"Libya mengesahkan dua kes Covid-19 membawa jumlah keseluruhan kepada 10.

"Pertempuran yang berterusan mesti segera dihentikan untuk membolehkan pihak berkuasa kesihatan dan agensi bantuan mengekang wabak daripada terus menular," tulis agensi di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu di Twitter.

Sejak hampir setahun, tentera yang berpangkalan di bahagian timur menjalankan kempen ketenteraan di Tripoli dan kawasan berdekatan, dalam usaha untuk menawan bandar itu.

Konflik menyebabkan ribuan nyawa menjadi korban dan ramai lagi cedera manakala lebih 150,000 orang hilang tempat tinggal. - Bernama

Artikel Berkaitan: