Ramadan bawa sinar harapan buat penduduk Gaza

Penduduk Gaza menyertai iftar anjuran sebuah yayasan Turkiye di tengah-tengah runtuhan bangunan di Bandar Gaza.
Penduduk Gaza menyertai iftar anjuran sebuah yayasan Turkiye di tengah-tengah runtuhan bangunan di Bandar Gaza.
A
A
A

GENTING GAZA - Ketika Muslim seluruh dunia mengimarahkan masjid yang tersergam indah di negara masing-masing, penduduk Palestin di Genting Gaza hanya mampu beribadat di celah-celah runtuhan yang musnah teruk akibat dibedil Zionis.

Salah sebuah daripada struktur yang sudah menyembah bumi ialah Masjid al Hassaina di Bandar Gaza yang kini menjadi tempat berlindung kebanyakan keluarga yang hilang tempat tinggal.

"Saya tidak sanggup melihatnya. Sebelum ini, kami dapat menunaikan solat berjemaah dengan selesa bersama insan tersayang. Kini, kami kehilangan segala-galanya termasuk ahli keluarga," kata Sami al Hissi, 61, yang menjadi sukarelawan di masjid tersebut.

Dua kanak-kanak Palestin berkongsi juadah berbuka puasa.
Dua kanak-kanak Palestin berkongsi juadah berbuka puasa.

Sekumpulan kanak-kanak dilihat bermain di sekitar kubah yang runtuh dan retak manakala tiang yang sudah rosak dijadikan tempat untuk menjemur pakaian.

Menurut al Hissi, masjid tersebut biasanya dikunjungi ribuan jemaah dari kejiranan lain termasuk Shejaiya dan Daraj ketika Ramadan.

"Di mana lagi tempat untuk kami mengerjakan solat secara berjemaah. Kawasan sekitar semuanya binasa dan penuh timbunan runtuhan konkrit. Ruangnya sangat terhad sehingga tidak mampu menampung walaupun kira‑kira 100 jemaah," jelasnya lagi.

Artikel Berkaitan:

Kebanyakan masjid yang musnah menjadi tempat berlindung penduduk Gaza yang hilang tempat tinggal.
Kebanyakan masjid yang musnah menjadi tempat berlindung penduduk Gaza yang hilang tempat tinggal.

Meskipun usaha pembangunan semula wilayah itu masih belum bermula, sekumpulan penduduk Palestin cuba untuk membina sendiri 'masjid kecil' sementara.

"Sebanyak 430 ruang solat telah didirikan menggunakan kepingan plastik dan kayu serta kanvas khemah," menurut Pengarah Kementerian Hal Ehwal Agama di Bandar Gaza, Amir Abu al-Amrain.

Di kawasan kejiranan lain di tengah Gaza, lampu tradisional berwarna-warni atau fanous tetap memeriahkan sekitar jalan di tengah-tengah kawasan runtuhan bangunan.

Bagi Maha Fathi, 37, yang berlindung di bawah khemah sementara di barat Bandar Gaza, Ramadan masih dianggap bulan istimewa.

Sebuah kedai menjual pelbagai jenis jeruk turut menjadi tumpuan orang ramai.
Sebuah kedai menjual pelbagai jenis jeruk turut menjadi tumpuan orang ramai.

"Kami kembali berkongsi juadah dan menghias seperti sebelum perang meletus. Semua orang merindui suasana lama dan berusaha menghidupkan semula aktiviti yang pernah dilakukan ketika berpuasa.

"Pasar yang menjual barangan dan makanan untuk menyambut Ramadan juga kembali riuh dengan pelbagai gelagat peniaga," tambahnya.

Sehingga kini, rejim Zionis dilaporkan terus melanggar perjanjian gencatan senjata dengan melancarkan serangan bertubi‑tubi ke arah kawasan penempatan.

Keganasan tanpa henti itu bagaimanapun tidak menghalang penduduk Gaza daripada melaksanakan ibadah meskipun hujan bom mengancam nyawa mereka.

Ringkasan AI

  • Penduduk Palestin di Genting Gaza terpaksa beribadat di celah-celah runtuhan akibat serangan Zionis
  • Masjid al Hassaina di Bandar Gaza kini menjadi tempat berlindung untuk keluarga yang kehilangan tempat tinggal
  • Kanak-kanak bermain di sekitar kubah yang runtuh dan tiang rosak digunakan untuk menjemur pakaian
  • Penduduk cuba membina 'masjid kecil' sementara menggunakan plastik, kayu, dan kanvas khemah
  • Walaupun di tengah runtuhan, penduduk masih meraikan Ramadan dengan berkongsi juadah dan menghias kawasan mereka

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!