[VIDEO] Kegiatan agama, pembinaan rumah ibadat wajib ikut peraturan - Anwar
PUTRAJAYA - Semua kegiatan agama dan pembinaan rumah ibadat perlu mengikut peraturan yang sudah ditetapkan pihak berkuasa, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, kerajaan tidak pernah menghalang atau menyekat sebarang kegiatan keagamaan, namun ia perlu berpandukan Perlembagaan negara.
"Buatlah dakwah, tiada sekatan sama sekali. Tapi ikutlah peraturan. Itu sahaja yang kita minta. Saya harap perkara ini sepatutnya kita selesaikan dengan baik,” kata beliau.

Perdana Menteri berkata demikian semasa berucap pada Majlis Perjumpaan Bersama Warga Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Ihya’ Ramadan, di sini pada Khamis.
Hadir sama, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan timbalannya, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican.
Pada 12 Februari, Perdana Menteri menegaskan bahawa tiada mana-mana pihak berhak mengambil tindakan sendiri di luar kerangka undang-undang dalam isu berkaitan rumah ibadat. - Bernama
Ringkasan AI
- Semua kegiatan agama dan pembinaan rumah ibadat perlu mengikut peraturan yang sudah ditetapkan pihak berkuasa Kerajaan tidak pernah menghalang atau menyekat sebarang kegiatan keagamaan, namun ia perlu berpandukan Perlembagaan negara Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengharapkan dakwah dilakukan tanpa sekatan tapi mengikut peraturan Beliau menyatakan pendirian ini semasa berucap pada majlis perhimpunan bersama warga Kementerian Dalam Negeri dan Ihya' Ramadan Tiada mana-mana pihak berhak mengambil tindakan sendiri di luar kerangka undang-undang dalam isu berkaitan rumah ibadat
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
