'Apa yang ditakutkan bila Melayu Islam bersatu' - Akmal Saleh

Muhamad Akmal
Muhamad Akmal
A
A
A

SHAH ALAM - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh mempersoalkan mengapa Pakatan Harapan (PH) dilihat ‘kepanasan’ susulan kelantangannya dalam isu penyatuan Melayu Islam membabitkan UMNO dan Pas.

Muhamad Akmal juga menegaskan perbincangan beliau sama sekali tidak menyentuh mengenai PH.

"Ni satu lagi geng yang kepanasan. Kita bercakap tentang UMNO dan Pas. Sikit pun tidak bercakap tentang parti korang.

"Apa yang ditakutkan bila Melayu Islam bersatu? Tapi itulah cabaran menyatupadukan ummah ini bukan mudah, akan ada golongan yang menentang sejak dari zaman dahulu lagi.

"Jangan risau ya geng PH, lawan jer apa yang nak ditakutkan," katanya dalam hantaran di Facebook pada Ahad.

Terdahulu, tiga pemimpin sayap pemuda parti komponen PH Melaka mempersoalkan keikhlasan dan hala tuju politik Muhamad Akmal.

Dalam kenyataan bersama, Ketua DAPSY Melaka, Cassel Krishnan; Ketua Angkatan Muda Keadilan Melaka, Hakimin Mokhtar; dan Ketua Pemuda Amanah Melaka, Ahmad Azri Abdullah menyifatkan Dr Muhamad Akmal semakin tidak konsisten.

Menurut mereka, Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka itu lantang menolak kerjasama dengan PH, yang merupakan rakan dalam Kerajaan Perpaduan, tetapi tidak pula menghadapi masalah untuk membuka ruang kepada Pas yang berada di blok pembangkang.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh persoal kenapa PH kepanasan bila UMNO dan Pas ingin bersatu
  • Muhamad Akmal tegaskan perbincangan tidak menyentuh tentang PH
  • Beliau mendakwa kelantangan isu penyatuan Melayu Islam hanya melibatkan UMNO dan Pas
  • Tiga pemimpin sayap pemuda PH Melaka persoalkan keikhlasan Muhamad Akmal
  • Kenyataan bersama pemimpin PH Melaka anggap Muhamad Akmal tidak konsisten

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!