Ribut petir diramal landa tujuh negeri hingga 6 petang ini

KUALA LUMPUR - Ribut petir, hujan lebat, dan angin kencang diramal melanda beberapa negeri hingga jam 6 petang ini, demikian menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
MetMalaysia menerusi amaran yang dikeluarkan pada jam 2.30 petang ini memaklumkan, antara negeri yang terlibat ialah Kedah melibatkan Baling, Kulim dan Bandar Baharu, manakala di Pulau Pinang membabitkan Seberang Perai Selatan.
Bagi negeri Perak, daerah yang dijangka terjejas termasuk Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak dan Batang Padang.
Di Pahang pula, kawasan terjejas meliputi Cameron Highlands, Jerantut, Kuantan dan Rompin.
Sementara itu, di Selangor, kawasan yang terlibat ialah Klang, Petaling dan Kuala Langat, manakala di Johor melibatkan Pontian, Kulai dan Johor Bahru.
Di Sabah, kawasan yang dijangka terjejas pula ialah bahagian Pedalaman (Nabawan dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Ranau), Tawau serta Sandakan (Tongod, Telupid, Kinabatangan dan Sandakan). - Bernama
Ringkasan AI
- KUALA LUMPUR - Ribut petir, hujan lebat, dan angin kencang diramal melanda beberapa negeri hingga jam 6 petang ini oleh Jabatan Meteorologi Malaysia
- Negeri terjejas termasuk Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Selangor, Johor dan Sabah dengan daerah tertentu dalam setiap negeri tersebut
- Di Kedah, Baling, Kulim dan Bandar Baharu terlibat
- Di Sabah, bahagian Pedalaman dan Pantai Barat serta Tawau dan Sandakan dijangka terjejas
- Amaran dikeluarkan pada jam 2.30 petang
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
