Ribut petir, hujan lebat di beberapa negeri hingga 7 malam ini

MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan beberapa negeri di Semenanjung, Sarawak dan Sabah hingga 7 malam ini - Foto hiasan
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan beberapa negeri di Semenanjung, Sarawak dan Sabah hingga 7 malam ini - Foto hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan beberapa negeri di Semenanjung, Sarawak dan Sabah hingga 7 malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan cuaca itu dijangka melanda Kedah (Kulim dan Bandar Baharu), Pulau Pinang, Perak, Pahang (Tanah Tinggi Cameron dan Lipis) serta Selangor (Sabak Bernam).

Amaran itu turut membabitkan Sarawak meliputi Sibu (Selangau), Mukah, Kapit (Song dan Kapit), Bintulu, Miri dan Limbang.

Ia juga melibatkan Sabah merangkumi Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) serta Kudat (Kota Marudu) dan Wilayah Persekutuan Labuan.

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang
  • Melibatkan beberapa negeri di Semenanjung, Sarawak dan Sabah
  • Cuaca buruk dijangka berlangsung hingga 7 malam
  • Terjejas kawasan termasuk Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, dan Selangor
  • Amaran juga bagi Sarawak di Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri, Limbang dan Sabah serta Wilayah Persekutuan Labuan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!