X

Kindly register in order to view this article
!

MB, exco Kelantan potong gaji dua bulan

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob
A
A

KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan hari ini membuat ketetapan memotong dua bulan gaji menteri besar, timbalannya dan exco kerajaan negeri untuk disumbangkan kepada mereka yang memerlukan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob melalui satu kenyataan di sini memberitahu, keputusan tersebut dibuat melalui Persidangan Khas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri hari ini.

Katanya, sumbangan tersebut adalah untuk menzahirkan rasa simpati daripada wakil-wakil rakyat melalui Tabung Serambi Mekah.

“Selain itu, kerajaan juga turut menyediakan bantuan kepada golongan yang memerlukan sebanyak RM20,000 lagi kepada setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) melalui Pusat Khidmat DUN (PKD).

“Keputusan tersebut adalah menzahirkan komitmen pimpinan Kerajaan Negeri untuk sama-sama meringankan beban rakyat pada ketika ini,”katanya.

Sebelum ini, Kerajaan Kelantan juga menyumbang RM20,000 dan diberikan kepada setiap jajahan yang mana 50 keluarga asnaf sudah pun menerima bantuan dan sumbangan tersebut melalui DUN.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus