Kedudukan PKR pada tahap terbaik - Anwar

Anwar berucap merasmikan Konvensyen Keadilan Kedah pada Jumaat. Foto: Bernama
Anwar berucap merasmikan Konvensyen Keadilan Kedah pada Jumaat. Foto: Bernama
A
A
A

ALOR SETAR – Kedudukan Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini berada pada tahap terbaik dan ia perlu dimanfaatkan untuk terus memperkukuh kekuatan di peringkat cabang serta negeri.

Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, hal itu berikutan parti-parti lain di negara ini, khususnya pembangkang, dilihat dalam keadaan tidak stabil.

Menurutnya, keadaan semasa ini penting bagi mengekalkan dan mengukuhkan cabang parti sebagai asas kekuatan parti tersebut.

"PKR berada pada tahap terbaik sekarang, jadi bagaimana hendak kukuhkan parti dan cabang. Latihan untuk ahli baharu perlu diterima dan mereka perlu mengikuti beberapa program parti.

"Bagi ahli lama pula, kepimpinan khas akan memastikan mereka diberi panduan bagi memperkukuh organisasi parti," katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen Keadilan Kedah di sini pada Jumaat.

Anwar yang juga Perdana Menteri berkata, kekuatan parti tidak boleh bergantung kepada individu semata-mata, sebaliknya memerlukan kerjasama berpasukan dan disiplin dalam organisasi.

Beliau turut menekankan kepentingan latihan kepada ahli baharu bagi memastikan mereka memahami dasar serta perjuangan parti.

Jelasnya, ahli baharu mesti mengikuti beberapa program latihan sebelum benar-benar memikul tanggungjawab.

"Jangan anggap bila sudah menyertai parti, semuanya sudah diketahui,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Mengulas kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan, beliau berkata, wakil PKR bersama parti lain termasuk UMNO, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) perlu bekerja sebagai satu pasukan.

“Kita mesti bekerja seolah-olah satu suara dan satu pasukan. Soal dalaman jangan sampai melemahkan parti,” tegasnya.

Beliau turut menekankan kepentingan parti menyantuni golongan wanita dan veteran sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh sokongan akar umbi.

Anwar yakin dengan rekod pentadbiran serta tadbir urus yang ditunjukkan, PKR berpotensi bangkit sebagai kekuatan politik yang lebih kukuh pada masa akan datang.

Ringkasan AI

  • Kedudukan PKR pada tahap terbaik, perlu dimanfaatkan untuk mengukuhkan kekuatan cabang dan negeri
  • Parti lain, khususnya pembangkang, dalam keadaan tidak stabil
  • Anwar Ibrahim menekankan kepentingan kerjasama berpasukan dan disiplin dalam organisasi
  • Ahli baharu perlu mengikuti program latihan untuk memahami dasar dan perjuangan parti
  • Kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan penting, PKR bersama parti lain seperti UMNO dan GPS perlu bekerja sebagai satu pasukan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!