X

Kindly register in order to view this article
!

Selangor beri bantuan RM1,000 kepada pesakit Covid-19

Pesakit yang disahkan positif Covid-19 bakal menerima bantuan RM1,000 daripada kerajaan Selangor.
A
A

SHAH ALAM - Pesakit yang disahkan positif koronavirus (Covid-19) bakal menerima bantuan RM1,000 daripada kerajaan Selangor.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kerajaan negeri prihatin dengan pesakit yang disahkan positif jangkitan wabak terbabit.

“Untuk tujuan ini sebanyak RM1,000 akan diberikan kepada mereka yang terkena virus itu.

“Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Covid-19 memberi kesan terhadap kesihatan mental masyarakat. Sehubungan itu, sebanyak RM1 juta akan dibelanjakan untuk perkhidmatan kaunseling dan pakar untuk kesihatan mental melalui kelas interaktif,” katanya.

Amirudin berkata demikian ketika mengumumkan pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor Prihatin 2.0 dengan pembiayaan peruntukan keseluruhan sebanyak RM272.5 juta hari ini.

Dalam pengumuman sama, Amirudin memaklumkan tempoh bayaran cukai tanah dan cukai petak dilanjutkan sehingga 31 Julai ini sebagai usaha memudah cara urusan pembayaran cukai tanah.

Menurutnya, tempoh bayaran premium dilanjutkan selama satu bulan bagi tempoh pelaksanaan PKP.

“Usaha ini melibatkan perbelanjaan sebanyak RM87.81 juta,” katanya.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!